~PAHIT MANIS KENANGAN~
Ariesya baharu sahaja selesai mandi.Dia mencapai sehelai tuala kecil yang tersangkut dibirai katil miliknya lalu mengelap rambutnya yang basah.Dia kemudiannya duduk dihadapan meja solek yang memang satu-satunya dibekalkan oleh pihak kolej.Amy pula sibuk mengemas baju-bajunya yang baru dikeluarkan dari bagasi untuk disimpan ke dalam almari.Langkahnya terasa kekok sekali.Maklumlah anak orang kaya,mana pernah dia melakukan pekerjaan yang sebegitu sebelum ini.Ariesya yang asyik memerhatikan gelagat Amy di dalam cermin ketawa geli hati.Susah juga jadi anak orang kaya ni.Fikir Ariesya.
“Asal kau gelak tiba-tiba ni?Gelakkan aku sebab terkial-kial lipat benda alah ni la tu.Ceyh,bukan nak tolong!”Amy suara sedikit merajuk.Sehelai tuala dicampakkan ke atas katil miliknya.Ariesya cepat-cepat menggelengkan kepala.
Sudah tension dengan baju-baju tersebut,akhirnya Amy mengambil keputusan untuk mandi sahaja.Tetapi apabila terpandang muka Ariesya,dia mula diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat.Tadi dia belum sempat untuk meminta maaf kepada Ariesya.Amy kemudiannya berjalan lambat-lambat mendekati Ariesya.Sebelum itu dia sempat menyambar sehelai tuala berwarna ungu bercorak bunga-bunga kecil yang dicampakkannya tadi.
“Sorry…”Amy tiba-tiba bersuara.
“Haa,kenapa pula?”.Amy terdiam seribu bahasa.
Amy tahu memang dia yang bersalah.Kalau dia beritahu awal-awal bahawa fail peribadi Arieya sudah dimasukkan ke dalam bagasi milik Ariesya semasa Ariesya pergi mendaftar,mungkin kejadian yang memalukan tadi takkan berlaku.Kesian Ariesya tidak pasal-pasal dimaki hamun depan orang ramai disebab dirinya.
Ariesya tiba-tiba tersenyum.Dia seakan mengetahui apa yang mengganggu fikiran temannya itu.
“Kalau pasal hal kemalangan tadi tu,bukan salah kau la Amy..”Sengaja Ariesya menggunakan bahasa ‘kau aku’ untuk bercakap dengan Amy.Takut-takut,Amy menegurnya lagi kerana sebelum ini dia menggunakan bahasa ‘saya awak’.Amy mana layan bahasa-bahasa formal ini.
“Tak ada siapa yang salah.Tadi tu cuma kemalangan kecil je.Mungkin kalau bukan hari ini,esok-esok benda tu berlaku juga.Aku cuma,terkilan sikit je...”Ariesya menelan air liur beberapa kali.
“Terkilan?”Amy memberanikan diri untuk bertanya.Ariesya mengangguk perlahan.
“Amy..”Ariesya memaut lengan Amy.Dia membetulkan letak punggungnya di atas kerusi.Amy yang sudah penat berdiri,akhirnya duduk bersila di atas lantai sambil matanya tidak lepas melihat mulut kecil kawannya itu.Menanti kata-kata yang ingin dikeluarkan dari mulut tersebut.
“Kau rasa layak ke..layak ke aku yang biasa-biasa ini ada kat private universiti KL ini?..”
“Ariesya!!..tak baik kau..”Belum sempat Amy menghabiskan kata-katanya, jari telunjuk Ariesya sudah diletakkan betul-betul dimulut Amy.
“Firstly,terima kasih sebab sudi jadi kawan aku.Sebelum datang sini aku ingat,aku mungkin tak akan ada kawan.Terus-terang aku cakap,sebenarnya aku memang tak suka dengan orang kaya.Pengalaman semasa sekolah rendah dulu membuatkan aku benci sangat dengan orang kaya.Pernah sekali tu aku kena kunci dalam kelas sampai tengah malam oleh seorang budak lelaki. Classmate aku sendiri.Bapa budak tu duta Malaysia.Tapi walaupun dia dah didapati memang bersalah,tapi dia tak kena denda apa-apa pun.Yang aku dengar,bapa dia dah hulur wang lebih kurang 10 ribu kepada pihak sekolah.Tapi mereka semua tak pernah tahu apa perasaan aku,budak perempuan yang baru berumur 13 tahun, yang terkurung dalam sebuah kelas lama yang kosong ..tak-tak,sebuah sekolah yang kosong dan sebaik sahaja sedar dari pengsan,aku tengok keluar tingkap, hari dah malam,aku tak boleh nampak apa-apa dekat sekeliling aku sebab keadaan masa tu gelap sangat,aku tolak-tolak daun pintu tapi tak terbuka,aku try buka suis lampu tapi elektrik tak ada,aku menjerit-jerit minta tolong sampai suara aku tak ada,tapi..”Ariesya terdiam seketika.Setitik,dua titik ,mutiara jernih mengalir dipipi Ariesya.
“Riesya..”Amy cuba untuk mententeramkan Ariesya.Tetapi tanpa sedar matanya turut basah.
“Tapi tak ada siapa yang dengar!Aku menangis..Tapi tak ada siapa yang datang tolong!Sebab budak lelaki kaya tu,sebab dia..tiap-tiap malam aku akan menangis kalau lampu ditutup.Aku dah jadi fobia dengan gelap.Aku tak boleh tidur dalam keadaan gelap.Kalau gelap,walaupun sikit pun..secara automatic mata aku tak akan boleh melihat dengan jelas.Aku akan jadi gemuruh dan badan aku tiba-tiba jadi sejuk macam ais.Doktor cakap,aku dah kena penyakit ‘Nyctophobia’.”
“Tak apa,aku tak kisah.”Amy tiba-tiba bangun dan lambat-lambat melangkah ke pintu doom.Daun pintu ditarik perlahan..tindakannya diperhatikan oleh Ariesya dari tadi.Ariesya bingung.Dia tak kisah?Tak-tak,Amy tak sama macam Danny!
“Yela,aku sedar diri aku siapa,aku bukan orang berada macam kau dengan student-student yang lain.Kau sendirikan tengok pagi tadi,betapa rendahnya standart aku nak dibandingkan dengan lelaki tu,macam langit dengan bumi.”Ariesya menghela nafas panjang.Akhirnya seluruh isi hatinya terluah jua.
“Riesya,aku tak kisah.Malam ini aku tunggu kau tidur,lepas tu baru aku tutup lampu..okey?”Satu senyuman terukir dibibirnya.
‘Amy..’Ariesya seakan tidak percaya apa yang baru didengarnya.
“Erm,one more thing!Story lama kau tadi,seriously memang sedih,sampai nak nangis aku kau buat tahu tak!Tapi bagi aku,kaya ke miskin,bukankah kita sama je disisi Allah?Ya,memang aku dengan student yang lain bernasib baik sebab dilahirkan dalam keluarga yang kaya.Tapi,tak semestinya kita orang bertuah jadi anak orang kaya.So, bygone be bygone.Life must be go on.Just,quickly adapt yourself sebab,nak hidup dalam dunia orang kaya ni bukan senang.Tapi tak apa,aku kan ada??Dah la,nak pergi mandi.daa..”
Ariesya terkesima.Tiba-tiba muka Amy terjonjol dicelah daun pintu.Amy tersengih.
“Fikir-fikirkan dan selamat beramal!”Jerit Amy sebelum berlalu ke bilik air yang selang beberapa bilik dari doom mereka.
“Ish,gila-gila la Amy ni..”
Suasana doom menjadi sepi,Ariesya menyikat rambutnya yang sudah hampir kering.Dia merenung mukanya lama-lama dalam cermin.Cuba memunasabahkan dirinya.Tiba-tiba matanya tertacap pada rantai yang sedang tergantung di lehernya.Loket yang berbentuk N diusap lembut.Butiran berlian yang menghiasi loket tersebut kelihatan bersinar-sinar disimbahi cahaya lampu.Sudah hampir lima tahun rantai itu dipakainya.Hadiah dari seorang lelaki misteri yang akan sentiasa dijaga seperti nyawanya sendiri.
“Weyh,tak apakan aku tumpang rumah kau kejap.Nanti lepas hujan reda aku balik la.”
“Yela-yela,ibu aku tadi telefon cakap mereka balik lambat sikit.Ibu dengan abah aku berteduh dekat warung sebelah kilang tempat mereka bekerja.”
Lelaki misteri itu tersenyum lebar.Pertama kali Ariesya menerima senyuman yang cukup ikhlas dari seseorang yang bergelar lelaki selain abahnya.Ariesya tersengih,hujan-hujan,gelap-gelap macam ni nasib baik ada orang temankan.
“Oit Miss A!Hujan dah berhenti,aku balik dulu..thank air kopi,biskut kering dengan cerita korea tadi memang best,tapi aku prefer kau tengok cerita Indonesia..feeling gila!”Lelaki misteri tersebut melangkah perlahan ke muka pintu.Tombol pintu dipulas..tiba-tiba dia kembali menoleh ke arah Ariesya.
“Nah!”.Lelaki tersebut menghulurkan seutai rantai berserta loket yang baru dikeluarkan dari poket seluarnya.Ariesya kehairanan.Dia tergamam.
“Ambik..”lelaki tersebut mengangkat kedua-dua belah tangan Ariesya separa dadanya lalu meletakkan rantai tadi ke atas tapak tangan tersebut.
“Jangan risau,aku tak curi rantai ini.Sebab aku bukan ‘pencuri’.Ini je yang aku ada untuk balas budi kau.Aku bukan apa,just malas nak berhutang budi dengan orang.Lagi pun,aku..aku dah tak perlukan benda tu lagi.Tapi kau mesti janji dengan aku,jaga rantai ini elok-elok..Kalau boleh,macam kau jaga nyawa kau sendiri”Kata lelaki tersebut sambil membuka pintu rumah Ariesya.
“Nanti!saya janji..tapi saya nak tahu,kenapa N?Loket ini,kenapa berbentuk N?Tak salahkan kalau saya nak tahu.”Ariesya memberanikan diri untuk bersuara walaupun sedikit sengau bunyinya kerana nervous.
“Tadi kau ada cakap nama kau bermula huruf A,right?”Ariesya mengangguk laju.
“Kalau macam tu panggil aku Mr.N..Tu pun kalau kita ada jodoh untuk jumpa sekali lagi la..Bye!”.Sekali lagi lelaki misteri tersebut melemparkan senyuman kepada Ariesya.Senyuman manis yang boleh mencairkan hati tiap-tiap perempuan yang melihatnya dan tidak terkecuali,Ariesya.
“Woi Riesya!Kau mengelamun lagi ke?Dah sampai kemana..ke bulan?Aku panggil dari tadi tak jawab-jawab.”.Tegur Amy yang baharu sahaja selesai mandi.
“Nak apa?”soal Ariesya.
“Jom sembahyang Isyak berjemaah?”Ariesya menggeleng.
“Emm..patut la menung sampai ke bulan.Bulan merah rupanya”.Ariesya dan Amy masing-masing tersengih.
“Kalau macam tu aku tidur dulu ek?Esok ada sesi orientasi..”Arieya berlari-lari anak menuju ke katil miliknya.Kemudian dia merebahkan diri ke atas tilam.Selimut bercorak Doremon yang dihadiahkan oleh abahnya dinaikkan hingga ke paras dada.”Good night!”
"Yela,good night.Sweet dream!"Balas Amy.
"Ya,sweet dream"
'Sweet dream to you too,Mr.N!'