~prolog~
pelik..
berasa hairan dengan diri sendiri,
harta banyak,gadis berlambak,
tetapi mengapa hati tidak tenang?
adakah disebabkan dia?
adakah sudah jatuh cinta padanya?
ahh,tidak mungkin!
bertemu hanya sekali tidak mungking terus jatuh cinta,
tetapi siapa aku untuk menidakkan tandir ilahi?
kini..
setelah sekian lama dia muncul kembali,
kerana takdir ilahi akhirnya terjentik suatu rasa yang indah untuk dirinya,
dia harus menjadi milikku,
ya!
walaupun kini dia mungkin sudah tidak mengenaliku,
walaupun kini dia mungkin sudah berpunya,
aku tidak peduli..dia milikku!
dia adalah syurga kekalku!
namun..
terlihat seketika,
kau bahagia dengannya,
sanggupkah aku sebagai teman melukai kamu yang mencintainya?
sanggupkah aku mengkhianati persahabatan ini?
sedangkan aku juga belum pasti apa sebenarnya perasaan dia terhadapku,
ya rabbi..
aku mohon kepadamu hidayah!
demi Nya,aku mengaku aku mencintai dia,
demi Nya,aku ingin membina mahligai indah bersama dia,
dan demi Nya juga ,
aku tidak sanggup melakukan itu,
aku harus berundur..
ya!
aku harus berundur dari mencintaimu,
aku harus pergi..
ya!
aku harus pergi meninggalkan semua ini,
aku pasrah..
aku rela seandainya memori dia tentang diriku,
tidak kembali untuk selama-lamanya,
demi kau dan dia..
walaupun bagiku dialah segalanya,
syurga kekalku..
No comments:
Post a Comment