~SIAPA DIA NI?~
Flat seri sentosa kelihatan renggang sekali.Maklumlah pada cuti sekolah ini,pasti ramai ibu bapa yang membawa anak-anak mereka makan angin atau pulang ke kampung.
‘ Budak form3 diberi cuti lama sikit daripada yang lain,lagi bosan la aku..’Ariesya mengomel sendiri.Perlahan-lahan dia melangkah ke balkoni flat.Satu keluhan kecil yang panjang dilepaskan.
Ariesya tak ada banyak kawan.Kalau ada pun mungkin dua tiga orang je,tu pun kat sekolah.Senyap,blur tapi still kena dapat result gempak,merupakan satu-satunya moto dia semasa di sekolah.Sebab tu jugaklah dia menjadi pelajar kebanggaan sekolah sebab boleh dikatakan ‘genius student’.Kembang kempis hidung Ariesya bila dapat tahu yang dia tersenarai dalam pelajar harapan untuk cemerlang dalam PMR.
‘Macam manalah result aku nanti’.Getus hatinya.
“Tapi happy giler aku bila tengok muka Danny masa aku naik pentas tadi.Jelouse la tu..mana tak nya musuh ketat ada atas pentas dan dia pula kena denda kutip sampah satu dataran ..”Arieysa tersengih kecil.
Arieysa mengalihkan pandangannya pada jam dinding yang berhadapan dengan pintu masuk.
“Dah pukul 2.20 petang!Lagi 10 minit cerita korea aku nak mula..Yes,yes,yes!”Arieysa melangkah perlahan-lahan menuju ke sofa using di tengah-tengah rumahnya.Pintu rumahnya sengaja dibiarkan tidak bertutup.Angin sepoi-sepoi bahasa yang menerpa masuk ke dalam rumah menyenangkan hati Arieysa.
Cerita korea, My Boyfriend Is Type B yang disiarkan di TV8 amat mencuit hati Arieysa.Maklumlah pelakon korea kegemaran ,Lee Dong Gun yang jadi hero cerita tu.
“Watak lelaki kaya,sombong plus poyo gila memang sesuai dengan penampilan mamat tu .Mintak-mintaklah suami aku nanti tak poyo gila macam mamat tu.Tapi kalau hensem macam dia tak apa.Hee..gatal terlebih pula!”Arieysa mengemaskan duduknya dengan berbaring di atas sofa.
Tap..tap..tap..
‘Bunyi apa tu?abah dan ibu ke?Ehh,tapi takkan cepat sangat dia orang balik..’Arieysa bermonolog.
DOOMM!!!
Pintu ditutup kuat dari arah dalam.Arieysa tersentak.Hampir gugur jantungnya saat itu.Setitik demi setitik peluh dingin mengalir di dahinya.Spontan matanya ditutup kuat-kuat.Kata-kata abahnya pagi tadi bermain-main di kelopak matanya yang masih tertutup.
“Risya,tutup pintu..kunci.Dah banyak rumah jiran-jiran kita dimasuki pencuri..pencuri!..
“Pencu..cu..ri?!Ya ALLAH,lindungilah aku.Arieysa tidak putus-putus beristigafar dalam hati.
‘Padan muka aku!Siapa suruh tak dengar cakap abah..’Arieysa mengetuk kepalanya berkali-kali.Keadaan rumah menjadi sepi seketika.Hanya satu bunyi yang dapat ditangkap Arieysa.Bunyi orang bernafas.Kuat dan laju.
‘Aik!!orang tu lelah ke apa macam teruk je bunyinya.’Arieysa mengagak.
‘Ehh!Tak-tak..macam orang penat berlari je..Lari?Dia lari dari siapa?Kot-kot penagih dadah ke..perogol bersiri ke..adoi,masak aku masak!!’
Lampu ruang tamu tiba-tiba terpasang.Sinar cahayanya menerangi setiap sudut ruang tamu tersebut.Arieysa masih terbaring kaku.Tak teringin pun nak membuka mata melihat’ makhluk asing’ yang menyerbu masuk ke dalam rumahnya.Tetapi tanpa Arieysa sedari sepasang mata memandang tepat ke arahnya.Mata itu sesekali memandang TV yang terbuka sejak tadi.Yakni sejak dia menjejakkan kaki ke dalam rumah penyelamatnya ini.
“Weyh!!”Orang tu beranikan diri untuk bersuara.Tak kisah arr minah ni nak marah ke apa yang penting aku kena pujuk dia.Hal hidup dan mati aku ni.Dia kena tolong aku!Papa konon..papa apa macam tu..layak ke dia aku panggil papa?aku tak kan pernah maafkan dia..tak akan pernah!
‘Suara lelaki..biar betik?Nak tengok..tak nak?..nak..tak nak?Ish,tengok je lah!!’
Mata Arieysa berpinar-pinar sebab lama sangat memejamkan mata.Pandangan dia jadi kelam seketika.Sesaat..dua saat..Arieysa kaku semula.Mamat.. HENSEM mana pula ni?!
“Hai,sorry arr aku..
Tapi sehensem Jun Pyo ke , secomel Ji Hoo dalam cerita korea Boy Before Flower ke..atau seapa ke ,satu je yang ada dalam otak Ariesya saat ini??PENCURI..
“Tolong!Tolong!..Pencuri!!!!
‘Ahh,sudah..asal pulak dengan perempuan ni..sawan ke?!’Spontan lelaki tersebut menarik lengan tangan Arieysa lalu memutup mulutnya.
“Weyh perempuan,aku bukan pencurilah,Bodoh!”.Keras suara lelaki tersebut memarahinya betul-betul dekat dengan telinga Ariesya.
‘Bodoh?Dia selamba jerk cakap aku bodoh!Aigoo,ni tak boleh jadi’!Ariesya menolak tubuh pemuda tersebut sekuat hati.Suka hati je peluk-peluk anak dara orang!
“Habis tu kalau bukan pencuri apa?Suka-suki je masuk rumah orang ha?”Ariesya menyoal.
“Yela aku memang masuk rumah orang.Takkan masuk rumah hantu kot..kalau macam tu aku pun takut!”Lelaki itu menjawab selamba.
Ariesya menjongketkan keningnya sebelah kanan.Lelaki itu macam dapat mengagak apa yang sedang Arieysa fikirkan..
“Okay!Okay!Biar aku jelaskan.Jangan buat muka macam tu,dah macam hantu dah aku tengok..”
Arieysa baru nak tersenyum tetapi bila ada terkeluar perkataan hantu,riak wajahnya berubah.Bibirnya diketap.Berapi..
“Ni..ala..sebenarnya ada orang kejar aku sekarang.Aku tak tahu nak sembunyi kat mana.Aku tengok pintu rumah ni je yang ternganga,so aku terjah je la..Salahh??Siapa suruh tak tutup pintu..So,it’s not my fault!”.Lelaki tersebut tersengih.Keningnya juga dijongketkan seperti lagak Ariesya sebentar tadi.Kemudian dia terus bangun duduk atas sofa.Kaki dengan selamba badak nya disilangkan dan diletakkan ke atas meja.
‘Water,please?’
‘What! First,dia cakap aku bodoh.Then,sengih-sengih..Sekarang ni nak suruh aku jadi amah dia ambilkan air..Ya Allah,bala apa ni??!’
sah2 peminat korea!!
ReplyDelete