~KAWAN BARU DAN MUSUH BARU~
“Aduhh!,maaf!maaf!..Saya tak sengaja”
Ariesya ternganga.Benda pertama yang dia nampak perempuan tu pakai cermin mata ‘lalat’color hitam,rambut panjang hitam pekat diikat ekor kuda dan bertopi ungu berjenama adidas yang disengetkan sedikit ke sebelah kanan.Pakaiannya agak sempoi,berbaju t-shirt ungu kosong matching dengan topi yang dipakainya serta berseluar jean agak lusuh warnanya.
‘Alamak!Abis la ko Riesya..’.Ariesya menggosok-gosok buku lalinya.Keadaannya kini seperti orang yang baru menamatkan larian pecut 100 meter. .Kepalanya ditundukkan ke bawah.Menunggu sumpah –seranah daripada seorang perempuan yang baru dilanggarnya tadi.
Memang malang betullah hari ini.Dah la tadi silap naik bas dari Melaka nak sampai sini.Dalam perjalanan bas rosak pula,tunggu hampir sejam nak tunggu bas ganti.Sekarang ni sampai-sampai je dah terlanggar perempuan ni pula.Dah la belum daftar nama.
“Maaf sekali lagi..saya…”
“Ko ni asal?Tak nampak ke aku sebesar-besar umat kat sini!Buta ke?Hey,aku penampar juga muka ko kang!.”Tangan perempuan itu sudah tinggi mahu menampar muka Ariesya.
TIDAKKKKKK!!!!!!!!
“Hello,hye girl,what up!Apa yang tidak?”
Berkali-kali perempuan tersebut melambai-lambaikan tangannya ke muka Ariesya .Segaris senyuman diberikan kepadanya.Tanpa sedar senyuman itu dibalas.Tetapi setelah teringat pendakap gigi yang dipakainya sejak seminggu yang lalu,kedua-dua tangannya terus ditekupkan ke mulut.
“Pelikla awak ini.Dah jatuh,kenapa tak nak bangun balik.Tak sakit ke?”Dah lama perempuan tersebut menghulurkan tangannya untuk membantu Ariesya tetapi tak dilayan sama sekali.
“Huh!Bangun?”Ariesya melihat sekelilingnya.
“Ehh,bila masa saya duduk atas lantai ni?”soal Ariesya tiba-tiba.Diketuk kepalanya berkali-kali.Tadi…Astagfirullahalazim!
“Hrmm,dah ingat dah sekarang?Dah-dah bangun,meh saya tolong”ujar perempuan tersebut sambil menghulurkan tangannya.
‘Maaf saya betul-betul tak sengaja,nak cepat.”
“Takpe, no hal la.Nak cepat pergi mana?”
“Nak mendaftar ni,takut lambat.Saya pergi dulu la”pinta Ariesya lalu segera beredar dari situ.
“Ehh,tunggu!Beg baju awak..hrm,clumsy la minah ni..main bla je”
Sudah 5 tahun berlalu.Kini usia Ariesya hampir mencecah 20 tahun.Kecemerlangannya semasa di matrikulasi sepatutnya membolehkan dia menjejakkan kaki ke Mesir dalam bidang perubatan.Disebabkan kelewatannya memohon biasiswa JPA ,impiannya ke sana lebur dalam sekelip mata.Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,abahnya pula diberhentikan kerja kerana tahap kesihatannya yang semakin teruk.
‘Alhamdulillah,atas bantuan Tan Sri Fariz,bekas majikan abah semasa abah bekerja sebagai pemandu kereta sudi membantu membiayai pengajian aku kat Universiti Antarabangsa KL.Dengar-dengar abah memang rapat dengan Tuan Fariz tu.Since aku belum lahir lagi.Teringat akan perbualannya dengan ibu beberapa tahun lepas.Betul cakap ibu.Orang kaya tak semuanya jahat’.
“Nur Ariesya bt Mohd Zaki!”lamunan Ariesya terhenti saat kakak senior di kaunter pendaftaran memanggil namanya.
“Ya,saya?”
“Adik,akak rasa adik sudah salah tulis borang ni!Cuba adik tengok betul-betul nama yang adik tulis dalam borang ni sama tak dengan kat i/c?”
“Ehh,takde la kak,betullah nama yang akak panggil tadi.Kenapa kak?”
“Ni,dalam fail adik,sijil-sijil tu tercatat ada dua nama yang berlainan,akak confuse la.Adik sure nama yang akak panggil tu betul?Pangkal nama adik takde tertulis..
“Asal ni Linda?Kenapa lama sangat ada masalah ke?”soal seorang abang senior yang tiba-tiba muncul.Lelaki tersebut sempat melirikkan matanya ke muka Ariesya.Perasaan takut mula menyelubungi hatinya.
‘Akak saya minta tolong sangat sangat.Jangan la heboh-hebohkan hal ni..’Ariesya merayu dalam hati.
“Hrmm,nope!Just typing error.Ok la adik, ni kunci bilik kamu”.ujar kakak senior tersebut sambil menyerahkan kunci bilik kepada Ariesya.Ariesya menarik nafas lega..Tangan kanannya lalu mencapai beg baju..Alamak!!!
“Susah-susah aku larikan diri dari perempuan tadi tu,last-last beg baju tu tertinggal kat sana lak,”laju langkah Ariesya menuju ke tempat di mana dia terlanggar perempuan tadi.
‘Huh,kan betul,aku dah menyusahkan dia lagi’.Tebal muka Ariesya saat itu.Ariesya berjalan lambat.Kalau diikutkan hati ingin saja dia pergi dari situ,memandangkan perbezaan penampilannya yang hanya menyarungkan baju kurung kosong berwarna biru lembut yang sudah hampir lusuh warnanya.Rambut paras bahu dibiarkan lepas.Hanya satu klip rambut dikenakan pada rambutnya.Nampak berbeza benar dengan perempuan tersebut yang mengenakan baju-baju berjenama mahal.Mesti berasal daripada keluarga yang kaya.
‘Tak hairan la,u swasta kot..tak orang kaya,foreigner.Aku je yang ‘sesat’ sengsorang kat sini,siapa la roommate aku nanti’
Perempuan tersebut melambai-lambaikan tangannya kepada Ariesya.Hrmm,don’t judge a book by its cover!Ariesya..aja aja!Fighting!
Ariesya meletakkan failnya diatas kerusi yang diduduknya tadi.Kemudian mencapai beg bajunya.Perempuan tersebut juga melakukan hal yang sama.
“Jom!Saya hantarkan ke asrama puteri.Anywere, nama saya Mia Amilya binti Dato’Rushdan.Nice to meet u !”ujar perempuan tersebut sambil menghulurkan tangan kanan untuk bersalam.Lesung pipi di kedua-dua belah pipinya jelas kelihatan disebalik senyumannya itu.
“Sa..sa..saya..”Ariesya berasa serba salah untuk memperkenalkan dirinya.Salam juga tidak disambut.Wajah perempuan tersebut menampakkan kebingungan.
“Nur Ariesya binti Mohd Zaki,saya bukan anak Dato’ ,Tan Sri, anak orang kaya atau anak orang ternama..saya dapat masuk sini pun sebab dibiaya oleh golongan keluarga yang macam awak ni.Tak malu ke awak nak tumpang saya bila awak dah tahu semua ni?”
“Nope!Sekarang ni saya yang rasa malu sebab awak datang sini memang betul-betul nak menuntut ilmu,tapi saya pulak sebab papa saya paksa saya tuk further study kat sini.. nak saya berjaya macam… my sis..”
“Emm,jomla balik bilik tumpang saya.Lagi satu please jangan panggil saya Mia,tak rock la..panggil Amy ok?”pinta Amy sambil menarik Ariesya menuju ke kereta miliknya ,Myvi SE berwarna hitam yang tampak begitu elegent apabila dilihat dari jauh.Ketika Amy sibuk mengangkat beg-beg ke tempat duduk belakang,kepala Ariesya ligat memikirkan sesuatu.
“Ya Allah!”Ariesya teringat sesuatu.Lantas dia merapati Amy.Ariesya menepuk-nepuk bahu Amy berulang kali.Amy menoleh kearahnya sambil menutup pintu kereta.Sempat juga dia membetulkan kedudukan topinya yang senget sebelum kembali bertanya.
“What wrong?.Kalut semacam jew?”
“Look!Fail saya..fail peribadi saya tertinggal kat dalam,rasanya tadi saya letak atas kerusi.Saya pergi ambil kejap ek?Awak tunggu..tunggu saya tau!”
“Wait!Kejap,Ariesya sebenarnya fail awak…”Ariesya berlari anak sambil menoleh ke arah Amy.Cermin matanya yang hampir terlucut dibetulkan segera.
“Takpe,tunggu jap”.
“Auwhh!!”
“Riesya..Ya Allah!”Amy separuh menjerit melihat Ariesya .
Kepala Ariesya terasa berpinar-pinar.
“Woi!!buta ke?Aduh,perempuan nih..masalah betullah!!”Kecut perut Ariesya di tengking sebegitu rupa.Nampaknya apa yang ditakutinya sebentar tadi benar-benar terjadi.
“Apa masalah ko ,huh?Langgar-langgar orang sampai kotor baju aku!Tahu lah new student tapi tu pun nak kena ajar ke?Bodoh!”Ariesya hanya menundukkan kepalanya.Seluruh badannya menggeletar saat itu.Pemuda tersebut merendahkan badannya selevel dengan keadaan Ariesya yang masih terduduk kaku.Tiba-tiba dagu Ariesya didongak kasar.
“Weyh,ko pompuan kampung,dengan spact tebal ko tu..tengok muka aku betul-betul.Jangan nak tunjuk bagus arr kat sini.Semua perempuan sama je.!”perlahan mutiara jernih mengalir di pipi Ariesya .Pemuda tersebut terpandang baki air coca-colanya lalu mengangkat cawan tersebut tinggi-tinggi ke atas kepala Ariesya dan berniat untuk mencurahkannya.
“Stop it!!”Tangan pemuda tersebut ditepis Amy sekuat hati.Amy merenung tajam mata pemuda tersebut.
“Woi,jantan!Langgar sikit je pun bro, ko lebih-lebih asal?”
“Takpe Amy, saya yang salah..”
“Memang salah ko pun!”Mata pemuda tersebut galak merenung Ariesya.Kemudian dia memandang tepat ke wajah Amy.Apa nama kau tadi?Amy kan?Kau ingat, aku nak dengar cakap tomboy macam kau?!”Kata pemuda itu sambil menjegilkan matanya.Dia mengibas-ngibas tangannya ke dada sebelum berlalu pergi.
“Serious,poyo!”jerit Amy.Apa masalah mamat tu?.Detik hati Amy.
Amy membantu Ariesya bangun.Kunci yang berada dibawah kakinya dikutip dan dilihat sekilas.
“M24,Bilik nombor 3.”Amy tiba-tiba melirikkan senyuman.Ariesya menaikkan kening sebelah kanannya.
“Aaa..kita roommate la!!” Jerit Amy sambil memeluk Ariesya.Arieysa bingung.Akhirnya dia turut mengukirkan senyuman.
No comments:
Post a Comment