story..

Syurga Kekalku

LaYaN...~


Tuesday, June 28, 2011

BAB 4

~PAHIT MANIS KENANGAN~

   Ariesya baharu sahaja selesai mandi.Dia mencapai sehelai tuala kecil yang tersangkut dibirai katil miliknya lalu mengelap rambutnya yang basah.Dia kemudiannya duduk dihadapan meja solek yang memang satu-satunya dibekalkan oleh pihak kolej.Amy pula sibuk mengemas baju-bajunya yang baru dikeluarkan dari bagasi untuk disimpan ke dalam almari.Langkahnya terasa kekok sekali.Maklumlah anak orang kaya,mana pernah dia melakukan pekerjaan yang sebegitu sebelum ini.Ariesya yang asyik memerhatikan gelagat Amy di dalam cermin ketawa geli hati.Susah juga jadi anak orang kaya ni.Fikir Ariesya.
  “Asal kau gelak tiba-tiba ni?Gelakkan aku sebab terkial-kial lipat benda alah ni la tu.Ceyh,bukan nak tolong!”Amy suara sedikit merajuk.Sehelai tuala dicampakkan ke atas katil miliknya.Ariesya cepat-cepat menggelengkan kepala.
    Sudah tension dengan baju-baju tersebut,akhirnya Amy mengambil keputusan untuk mandi sahaja.Tetapi apabila terpandang muka Ariesya,dia mula diselubungi rasa bersalah yang teramat sangat.Tadi dia belum sempat untuk meminta maaf kepada Ariesya.Amy kemudiannya berjalan lambat-lambat mendekati Ariesya.Sebelum itu dia sempat menyambar sehelai tuala berwarna ungu bercorak bunga-bunga kecil yang dicampakkannya tadi.
  “Sorry…”Amy tiba-tiba bersuara.
  “Haa,kenapa pula?”.Amy terdiam seribu bahasa.
    Amy tahu memang  dia yang bersalah.Kalau dia beritahu awal-awal bahawa fail peribadi Arieya  sudah dimasukkan ke dalam bagasi milik Ariesya semasa Ariesya pergi mendaftar,mungkin kejadian yang memalukan tadi takkan berlaku.Kesian Ariesya tidak pasal-pasal dimaki hamun depan orang ramai disebab dirinya.
  Ariesya tiba-tiba tersenyum.Dia seakan mengetahui apa yang mengganggu fikiran temannya itu.
  “Kalau pasal hal kemalangan tadi tu,bukan salah kau la Amy..”Sengaja Ariesya menggunakan bahasa ‘kau aku’ untuk bercakap dengan Amy.Takut-takut,Amy menegurnya lagi kerana sebelum ini dia menggunakan bahasa ‘saya awak’.Amy mana layan bahasa-bahasa formal ini.
  “Tak ada siapa yang salah.Tadi tu cuma kemalangan kecil je.Mungkin kalau bukan hari ini,esok-esok benda tu berlaku juga.Aku cuma,terkilan sikit je...”Ariesya menelan air liur beberapa kali.
  “Terkilan?”Amy memberanikan diri untuk bertanya.Ariesya mengangguk perlahan.
  “Amy..”Ariesya memaut lengan Amy.Dia membetulkan letak punggungnya di atas kerusi.Amy yang sudah penat berdiri,akhirnya duduk bersila di atas lantai sambil matanya tidak lepas melihat mulut kecil kawannya itu.Menanti kata-kata yang ingin dikeluarkan dari mulut tersebut.
  “Kau rasa layak ke..layak ke aku yang biasa-biasa ini ada kat private universiti KL  ini?..”
  “Ariesya!!..tak baik kau..”Belum sempat Amy menghabiskan kata-katanya, jari telunjuk  Ariesya sudah diletakkan betul-betul dimulut Amy.
“Firstly,terima kasih sebab sudi jadi kawan aku.Sebelum datang sini aku ingat,aku mungkin tak akan ada kawan.Terus-terang aku cakap,sebenarnya aku memang tak suka dengan orang kaya.Pengalaman semasa sekolah rendah dulu membuatkan aku benci sangat dengan orang kaya.Pernah sekali tu aku kena kunci dalam kelas sampai tengah malam oleh seorang budak lelaki. Classmate aku sendiri.Bapa budak tu duta Malaysia.Tapi walaupun dia dah didapati memang bersalah,tapi dia tak kena denda apa-apa pun.Yang aku dengar,bapa dia dah hulur wang lebih kurang 10 ribu kepada pihak sekolah.Tapi mereka semua tak pernah tahu apa perasaan aku,budak perempuan yang baru berumur 13 tahun, yang terkurung dalam sebuah kelas lama yang kosong ..tak-tak,sebuah sekolah yang kosong dan sebaik sahaja sedar dari pengsan,aku tengok keluar tingkap, hari dah malam,aku tak boleh nampak apa-apa dekat sekeliling aku sebab keadaan masa tu gelap sangat,aku tolak-tolak daun pintu tapi tak terbuka,aku try buka suis lampu tapi elektrik tak ada,aku menjerit-jerit minta tolong sampai suara aku tak ada,tapi..”Ariesya terdiam seketika.Setitik,dua titik ,mutiara jernih mengalir dipipi Ariesya.
  “Riesya..”Amy cuba untuk mententeramkan Ariesya.Tetapi tanpa sedar matanya turut basah.
  “Tapi tak ada siapa yang dengar!Aku menangis..Tapi tak ada siapa yang datang tolong!Sebab budak lelaki kaya tu,sebab dia..tiap-tiap malam aku akan menangis kalau lampu ditutup.Aku dah jadi fobia dengan gelap.Aku tak boleh tidur dalam keadaan gelap.Kalau gelap,walaupun sikit pun..secara automatic mata aku tak akan boleh melihat dengan jelas.Aku akan jadi gemuruh dan badan aku tiba-tiba jadi sejuk macam ais.Doktor cakap,aku dah kena penyakit ‘Nyctophobia’.”
  “Tak apa,aku tak kisah.”Amy tiba-tiba bangun dan lambat-lambat melangkah ke pintu doom.Daun pintu ditarik perlahan..tindakannya diperhatikan oleh Ariesya dari tadi.Ariesya bingung.Dia tak kisah?Tak-tak,Amy tak sama macam Danny!
  “Yela,aku sedar diri aku siapa,aku bukan orang berada macam kau dengan student-student yang lain.Kau sendirikan tengok pagi tadi,betapa rendahnya standart aku nak dibandingkan dengan lelaki tu,macam langit dengan bumi.”Ariesya menghela nafas panjang.Akhirnya seluruh isi hatinya terluah jua.
  “Riesya,aku tak kisah.Malam ini aku tunggu kau tidur,lepas tu baru aku tutup lampu..okey?”Satu senyuman terukir dibibirnya.
  ‘Amy..’Ariesya seakan tidak percaya apa yang baru didengarnya.
  “Erm,one more thing!Story lama kau tadi,seriously memang sedih,sampai nak nangis aku kau buat tahu tak!Tapi bagi aku,kaya ke miskin,bukankah kita sama je disisi Allah?Ya,memang aku dengan student yang lain bernasib baik sebab dilahirkan dalam keluarga yang kaya.Tapi,tak semestinya kita orang bertuah jadi anak orang kaya.So, bygone be bygone.Life must be go on.Just,quickly adapt yourself sebab,nak hidup dalam dunia orang kaya ni bukan senang.Tapi tak apa,aku kan ada??Dah la,nak pergi mandi.daa..”
  Ariesya terkesima.Tiba-tiba muka Amy terjonjol dicelah daun pintu.Amy tersengih.
  “Fikir-fikirkan dan selamat beramal!”Jerit Amy sebelum berlalu ke bilik air yang selang beberapa bilik dari doom mereka.
  “Ish,gila-gila la Amy ni..”
  Suasana doom menjadi sepi,Ariesya menyikat rambutnya yang sudah hampir kering.Dia merenung mukanya lama-lama dalam cermin.Cuba memunasabahkan dirinya.Tiba-tiba matanya tertacap pada rantai yang sedang tergantung di lehernya.Loket yang berbentuk N diusap lembut.Butiran berlian yang menghiasi loket tersebut kelihatan bersinar-sinar disimbahi cahaya lampu.Sudah hampir lima tahun rantai itu dipakainya.Hadiah dari seorang lelaki misteri yang akan sentiasa dijaga seperti nyawanya sendiri.
  “Weyh,tak apakan aku tumpang rumah kau kejap.Nanti lepas hujan reda aku balik la.”
  “Yela-yela,ibu aku tadi  telefon cakap mereka balik lambat sikit.Ibu dengan abah aku berteduh dekat warung sebelah kilang tempat mereka bekerja.”
  Lelaki misteri itu tersenyum lebar.Pertama kali Ariesya menerima senyuman yang cukup ikhlas dari seseorang yang bergelar lelaki selain abahnya.Ariesya tersengih,hujan-hujan,gelap-gelap macam ni nasib baik ada orang temankan.
  “Oit Miss A!Hujan dah berhenti,aku balik dulu..thank air kopi,biskut kering dengan cerita korea tadi memang best,tapi aku prefer kau tengok cerita Indonesia..feeling gila!”Lelaki misteri tersebut melangkah perlahan ke muka pintu.Tombol pintu dipulas..tiba-tiba dia kembali menoleh ke arah Ariesya.
  “Nah!”.Lelaki tersebut menghulurkan seutai rantai berserta loket yang baru dikeluarkan dari poket seluarnya.Ariesya kehairanan.Dia tergamam.
  “Ambik..”lelaki tersebut mengangkat kedua-dua belah tangan Ariesya separa dadanya lalu meletakkan rantai tadi ke atas tapak tangan tersebut.
  “Jangan risau,aku tak curi rantai ini.Sebab aku bukan ‘pencuri’.Ini je yang aku ada untuk balas budi kau.Aku bukan apa,just malas nak berhutang budi dengan orang.Lagi pun,aku..aku dah tak perlukan benda tu lagi.Tapi kau mesti janji dengan aku,jaga rantai ini elok-elok..Kalau boleh,macam kau jaga nyawa kau sendiri”Kata lelaki tersebut sambil membuka pintu rumah Ariesya.
  “Nanti!saya janji..tapi saya nak tahu,kenapa N?Loket ini,kenapa berbentuk N?Tak salahkan kalau saya nak tahu.”Ariesya memberanikan diri untuk bersuara walaupun sedikit sengau bunyinya kerana nervous.
  “Tadi kau ada cakap nama kau bermula huruf A,right?”Ariesya mengangguk laju.
  “Kalau macam tu panggil aku Mr.N..Tu pun kalau kita ada jodoh untuk jumpa sekali lagi la..Bye!”.Sekali lagi lelaki misteri tersebut melemparkan senyuman kepada Ariesya.Senyuman manis yang boleh mencairkan hati tiap-tiap perempuan yang melihatnya dan tidak terkecuali,Ariesya.
  “Woi Riesya!Kau mengelamun lagi ke?Dah sampai kemana..ke bulan?Aku panggil dari tadi tak jawab-jawab.”.Tegur Amy yang baharu sahaja selesai mandi.
  “Nak apa?”soal Ariesya.                                                                      
  “Jom sembahyang Isyak berjemaah?”Ariesya menggeleng.
  “Emm..patut la menung sampai ke bulan.Bulan merah rupanya”.Ariesya dan Amy masing-masing tersengih.
  “Kalau macam tu aku tidur dulu ek?Esok ada sesi orientasi..”Arieya berlari-lari anak menuju ke katil miliknya.Kemudian dia merebahkan diri ke atas tilam.Selimut bercorak Doremon yang dihadiahkan oleh abahnya dinaikkan hingga ke paras dada.”Good night!”
  "Yela,good night.Sweet dream!"Balas Amy.
  "Ya,sweet dream"
  'Sweet dream to you too,Mr.N!'

Friday, June 10, 2011

BAB 3

~KAWAN BARU DAN MUSUH BARU~
   “Aduhh!,maaf!maaf!..Saya tak sengaja
   Ariesya ternganga.Benda pertama yang dia nampak perempuan tu pakai cermin mata ‘lalat’color  hitam,rambut panjang hitam pekat diikat ekor kuda dan bertopi ungu berjenama adidas yang disengetkan sedikit ke sebelah kanan.Pakaiannya agak sempoi,berbaju t-shirt ungu kosong matching dengan topi yang dipakainya serta berseluar jean agak lusuh warnanya.
‘Alamak!Abis la ko Riesya..’.Ariesya menggosok-gosok buku lalinya.Keadaannya kini seperti orang yang baru menamatkan larian pecut 100 meter. .Kepalanya ditundukkan ke bawah.Menunggu  sumpah –seranah daripada seorang perempuan yang baru dilanggarnya tadi.
  Memang malang betullah hari ini.Dah la tadi silap naik bas dari Melaka nak sampai sini.Dalam perjalanan bas rosak pula,tunggu hampir sejam nak tunggu bas ganti.Sekarang ni sampai-sampai je dah terlanggar perempuan  ni  pula.Dah la belum daftar nama.
  “Maaf sekali lagi..saya…”
  “Ko ni asal?Tak  nampak ke aku sebesar-besar umat kat sini!Buta ke?Hey,aku penampar juga muka ko kang!.”Tangan perempuan itu sudah tinggi mahu menampar muka Ariesya.
TIDAKKKKKK!!!!!!!!
   “Hello,hye girl,what up!Apa yang tidak?”
  Berkali-kali perempuan tersebut melambai-lambaikan tangannya ke muka Ariesya .Segaris senyuman diberikan kepadanya.Tanpa sedar senyuman itu dibalas.Tetapi setelah teringat pendakap gigi yang dipakainya sejak seminggu yang lalu,kedua-dua tangannya terus ditekupkan ke mulut.
  “Pelikla awak ini.Dah jatuh,kenapa tak nak bangun balik.Tak sakit ke?”Dah lama perempuan tersebut menghulurkan tangannya untuk membantu Ariesya tetapi tak dilayan sama sekali.
  “Huh!Bangun?”Ariesya melihat sekelilingnya.
  “Ehh,bila masa saya duduk atas lantai ni?”soal Ariesya tiba-tiba.Diketuk kepalanya berkali-kali.Tadi…Astagfirullahalazim!
  “Hrmm,dah ingat dah sekarang?Dah-dah bangun,meh saya tolong”ujar perempuan tersebut sambil menghulurkan tangannya.
  ‘Maaf  saya betul-betul tak sengaja,nak cepat.”                               
  “Takpe, no hal la.Nak cepat pergi mana?”
  “Nak mendaftar ni,takut  lambat.Saya pergi dulu la”pinta Ariesya lalu segera beredar dari situ.
  “Ehh,tunggu!Beg baju awak..hrm,clumsy la minah ni..main bla je”
  Sudah 5 tahun berlalu.Kini usia Ariesya hampir mencecah 20 tahun.Kecemerlangannya semasa di matrikulasi sepatutnya membolehkan dia menjejakkan kaki ke  Mesir dalam bidang perubatan.Disebabkan kelewatannya memohon biasiswa JPA ,impiannya ke sana lebur dalam sekelip mata.Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,abahnya pula diberhentikan kerja kerana tahap kesihatannya yang semakin teruk.
  ‘Alhamdulillah,atas bantuan Tan Sri Fariz,bekas majikan abah semasa abah bekerja sebagai pemandu kereta sudi membantu membiayai pengajian aku kat Universiti Antarabangsa KL.Dengar-dengar abah memang rapat dengan Tuan Fariz tu.Since aku belum lahir lagi.Teringat akan perbualannya dengan ibu beberapa tahun lepas.Betul cakap ibu.Orang kaya tak semuanya jahat’.
  “Nur Ariesya bt Mohd Zaki!”lamunan Ariesya terhenti saat kakak senior di kaunter pendaftaran memanggil namanya.
  “Ya,saya?”
  “Adik,akak rasa adik sudah salah tulis borang ni!Cuba adik tengok betul-betul nama yang adik tulis dalam borang ni  sama tak dengan kat i/c?”
  “Ehh,takde la kak,betullah nama yang akak panggil tadi.Kenapa kak?”
  “Ni,dalam fail adik,sijil-sijil tu tercatat ada dua nama yang berlainan,akak confuse la.Adik sure nama yang akak panggil tu betul?Pangkal nama adik takde  tertulis..
  “Asal ni Linda?Kenapa lama sangat ada masalah ke?”soal seorang abang senior yang tiba-tiba muncul.Lelaki tersebut sempat melirikkan matanya ke muka Ariesya.Perasaan takut mula menyelubungi hatinya.
  ‘Akak saya  minta tolong sangat sangat.Jangan la heboh-hebohkan hal ni..’Ariesya merayu dalam hati.
  “Hrmm,nope!Just typing error.Ok la adik, ni kunci bilik kamu”.ujar kakak senior tersebut sambil menyerahkan kunci bilik kepada Ariesya.Ariesya menarik nafas lega..Tangan kanannya lalu mencapai beg baju..Alamak!!!
  “Susah-susah aku larikan diri dari perempuan tadi tu,last-last beg baju tu tertinggal kat sana lak,”laju langkah Ariesya menuju ke tempat di mana dia terlanggar perempuan tadi.
  ‘Huh,kan betul,aku dah menyusahkan dia lagi’.Tebal muka Ariesya saat itu.Ariesya berjalan lambat.Kalau diikutkan hati ingin saja dia pergi dari situ,memandangkan perbezaan penampilannya yang hanya menyarungkan baju kurung kosong berwarna biru lembut yang sudah hampir lusuh warnanya.Rambut paras bahu dibiarkan lepas.Hanya satu klip rambut dikenakan pada rambutnya.Nampak berbeza benar dengan perempuan tersebut yang mengenakan baju-baju berjenama mahal.Mesti berasal daripada keluarga yang kaya.
  ‘Tak hairan la,u swasta kot..tak orang kaya,foreigner.Aku je yang ‘sesat’ sengsorang kat sini,siapa la roommate aku nanti’
  Perempuan tersebut melambai-lambaikan tangannya kepada Ariesya.Hrmm,don’t judge a book by its cover!Ariesya..aja aja!Fighting!
  Ariesya meletakkan failnya diatas kerusi yang diduduknya tadi.Kemudian mencapai beg bajunya.Perempuan tersebut juga melakukan hal yang sama.
  “Jom!Saya hantarkan ke asrama puteri.Anywere, nama saya Mia Amilya binti Dato’Rushdan.Nice to meet u !”ujar perempuan tersebut sambil menghulurkan tangan kanan untuk bersalam.Lesung pipi di kedua-dua belah pipinya jelas kelihatan disebalik senyumannya itu.
  “Sa..sa..saya..”Ariesya berasa serba salah untuk memperkenalkan dirinya.Salam juga tidak disambut.Wajah perempuan tersebut menampakkan kebingungan.
   “Nur Ariesya binti Mohd Zaki,saya bukan anak Dato’ ,Tan Sri, anak orang kaya atau anak orang ternama..saya dapat masuk sini pun sebab dibiaya oleh golongan keluarga yang macam awak ni.Tak malu ke awak nak tumpang saya bila awak dah tahu semua ni?”
  “Nope!Sekarang ni saya yang rasa malu sebab awak datang sini memang betul-betul nak menuntut ilmu,tapi saya pulak sebab papa saya paksa saya tuk further study kat sini.. nak saya berjaya macam… my sis..”
  “Emm,jomla balik bilik tumpang saya.Lagi satu please jangan panggil saya Mia,tak rock la..panggil Amy ok?”pinta Amy sambil menarik Ariesya menuju ke kereta miliknya ,Myvi SE berwarna hitam yang tampak begitu elegent apabila dilihat dari jauh.Ketika  Amy sibuk mengangkat beg-beg ke tempat duduk belakang,kepala Ariesya ligat memikirkan sesuatu.
  “Ya Allah!”Ariesya teringat sesuatu.Lantas dia merapati Amy.Ariesya menepuk-nepuk bahu Amy berulang kali.Amy menoleh kearahnya sambil menutup pintu kereta.Sempat juga dia membetulkan kedudukan topinya yang senget sebelum kembali bertanya.
  “What wrong?.Kalut semacam jew?”
  “Look!Fail saya..fail peribadi saya tertinggal kat dalam,rasanya tadi saya letak atas kerusi.Saya pergi ambil kejap ek?Awak tunggu..tunggu saya tau!”
  “Wait!Kejap,Ariesya sebenarnya fail awak…”Ariesya berlari anak sambil menoleh ke arah Amy.Cermin matanya yang hampir terlucut dibetulkan segera.
  “Takpe,tunggu jap”.
  “Auwhh!!”
  “Riesya..Ya Allah!”Amy separuh menjerit melihat Ariesya .
  Kepala Ariesya terasa berpinar-pinar.
  “Woi!!buta ke?Aduh,perempuan nih..masalah betullah!!”Kecut perut Ariesya di tengking sebegitu rupa.Nampaknya apa yang ditakutinya sebentar tadi benar-benar terjadi.
  “Apa masalah ko ,huh?Langgar-langgar orang sampai kotor baju aku!Tahu lah new student  tapi tu pun nak kena ajar ke?Bodoh!”Ariesya hanya menundukkan kepalanya.Seluruh badannya menggeletar saat itu.Pemuda tersebut merendahkan badannya selevel dengan keadaan Ariesya yang masih terduduk kaku.Tiba-tiba dagu Ariesya didongak kasar.
  “Weyh,ko pompuan kampung,dengan spact tebal  ko tu..tengok muka aku betul-betul.Jangan nak tunjuk bagus arr kat sini.Semua perempuan sama je.!”perlahan mutiara jernih mengalir di pipi Ariesya .Pemuda tersebut terpandang baki air coca-colanya lalu mengangkat cawan tersebut tinggi-tinggi ke atas kepala  Ariesya dan berniat untuk mencurahkannya.
  “Stop it!!”Tangan pemuda tersebut ditepis Amy sekuat hati.Amy merenung tajam mata pemuda tersebut.
  “Woi,jantan!Langgar sikit je pun bro, ko lebih-lebih asal?”
  “Takpe Amy, saya yang salah..”
  “Memang salah ko pun!”Mata pemuda tersebut galak merenung Ariesya.Kemudian dia memandang tepat ke wajah Amy.Apa nama kau tadi?Amy kan?Kau ingat, aku nak dengar cakap tomboy macam kau?!”Kata pemuda itu sambil menjegilkan matanya.Dia mengibas-ngibas  tangannya ke dada sebelum berlalu pergi.
  “Serious,poyo!”jerit Amy.Apa masalah mamat tu?.Detik hati Amy.
   Amy membantu Ariesya bangun.Kunci yang berada dibawah kakinya dikutip dan dilihat sekilas.
   “M24,Bilik nombor 3.”Amy tiba-tiba melirikkan senyuman.Ariesya menaikkan kening sebelah kanannya.
  “Aaa..kita roommate la!!” Jerit Amy sambil memeluk Ariesya.Arieysa bingung.Akhirnya dia turut mengukirkan senyuman.

  

Monday, June 6, 2011

NUR ARIESYA BINTI MOHD ZAKI

Ola!!Park Shin Hye saya pilih dengan hormat nya menjadi watak utama dalam novel'SYURGA KEKALKU'ini.Diberi nama Nur Ariesya.Ingat xlagi muka Min Nam dalam cerita You're beautiful?Mase tu Shin Hye berambut pendek dan memakai cermin mata..tapi dalam novel ini,dia berambut panjang seperti gambar diatas dan bercermin mata!Seorang yang genius ttp oldschool!..mm,macam mne tu ek?Bace lorh novel ini~(arieykyuhyun)

NIK ARIEL SHAH BIN DATO'DR.NIK ZULKARNAIN


hello!Song Joong Ki  secara rasminya menjadi hero novel'SYURGA KEKALKU'..Memegang watak sebagai mamat poyo yang bernama Nik Ariel Shah..Nak tahu betapa sengalnya watak yang dia pegang ni?Bace la
novel nukilanku..(arieykyuhyun)

Bab 2




~SIAPA DIA NI?~

   Flat seri sentosa kelihatan renggang sekali.Maklumlah pada cuti sekolah ini,pasti ramai ibu bapa yang membawa  anak-anak mereka makan angin atau pulang ke kampung.
  
 ‘ Budak form3 diberi cuti lama sikit daripada yang lain,lagi bosan la aku..’Ariesya mengomel sendiri.Perlahan-lahan dia melangkah ke balkoni flat.Satu keluhan kecil yang panjang dilepaskan.

    Ariesya tak ada banyak kawan.Kalau ada pun mungkin dua tiga orang je,tu pun kat sekolah.Senyap,blur tapi still kena dapat result gempak,merupakan satu-satunya moto dia semasa di sekolah.Sebab tu jugaklah dia menjadi pelajar kebanggaan sekolah sebab boleh dikatakan ‘genius student’.Kembang kempis hidung Ariesya bila dapat tahu yang dia tersenarai dalam pelajar harapan untuk cemerlang dalam PMR.
    ‘Macam manalah result aku nanti’.Getus hatinya.
    “Tapi happy giler aku bila tengok muka Danny masa aku naik pentas tadi.Jelouse la tu..mana tak nya musuh ketat ada atas pentas dan dia pula kena denda kutip sampah satu dataran ..”Arieysa tersengih kecil.
    Arieysa mengalihkan pandangannya pada jam dinding yang berhadapan dengan pintu masuk.
    “Dah pukul 2.20 petang!Lagi 10 minit cerita korea aku nak mula..Yes,yes,yes!”Arieysa melangkah perlahan-lahan menuju ke sofa using di tengah-tengah rumahnya.Pintu rumahnya sengaja dibiarkan tidak bertutup.Angin sepoi-sepoi bahasa yang menerpa masuk ke dalam rumah menyenangkan hati Arieysa.
    Cerita korea, My Boyfriend Is Type B yang disiarkan di TV8 amat mencuit hati Arieysa.Maklumlah pelakon korea kegemaran ,Lee Dong Gun  yang jadi hero cerita tu.
   “Watak lelaki kaya,sombong plus poyo gila memang sesuai dengan penampilan mamat tu .Mintak-mintaklah suami aku nanti tak poyo gila macam mamat tu.Tapi kalau hensem macam dia tak apa.Hee..gatal terlebih pula!”Arieysa mengemaskan duduknya dengan berbaring di atas sofa.
Tap..tap..tap..
  ‘Bunyi apa tu?abah dan ibu ke?Ehh,tapi takkan cepat sangat dia orang balik..’Arieysa bermonolog.
DOOMM!!!
    Pintu ditutup kuat dari arah dalam.Arieysa tersentak.Hampir gugur jantungnya saat itu.Setitik demi setitik peluh dingin mengalir di dahinya.Spontan matanya ditutup kuat-kuat.Kata-kata abahnya pagi tadi bermain-main di kelopak matanya yang masih tertutup.
    “Risya,tutup pintu..kunci.Dah banyak rumah jiran-jiran kita dimasuki pencuri..pencuri!..
    “Pencu..cu..ri?!Ya ALLAH,lindungilah aku.Arieysa tidak putus-putus beristigafar dalam hati.
    ‘Padan muka aku!Siapa suruh tak dengar cakap abah..’Arieysa mengetuk kepalanya berkali-kali.Keadaan rumah menjadi sepi seketika.Hanya satu bunyi yang dapat ditangkap Arieysa.Bunyi orang bernafas.Kuat dan laju.
    ‘Aik!!orang tu lelah ke apa macam teruk je bunyinya.’Arieysa mengagak.
    ‘Ehh!Tak-tak..macam orang penat berlari je..Lari?Dia lari dari siapa?Kot-kot penagih dadah ke..perogol bersiri ke..adoi,masak aku masak!!’
   Lampu ruang tamu tiba-tiba terpasang.Sinar cahayanya menerangi setiap sudut ruang tamu tersebut.Arieysa masih terbaring kaku.Tak teringin pun nak membuka mata melihat’ makhluk asing’ yang menyerbu masuk ke dalam rumahnya.Tetapi tanpa Arieysa sedari sepasang mata memandang tepat ke arahnya.Mata itu sesekali memandang TV yang terbuka sejak tadi.Yakni sejak dia menjejakkan kaki ke dalam rumah penyelamatnya ini.
    “Weyh!!”Orang tu beranikan diri untuk bersuara.Tak kisah arr minah ni nak marah ke apa yang penting aku kena pujuk dia.Hal hidup dan mati aku ni.Dia kena tolong aku!Papa konon..papa apa macam tu..layak ke dia aku panggil papa?aku tak kan pernah maafkan dia..tak akan pernah!
    ‘Suara lelaki..biar betik?Nak tengok..tak nak?..nak..tak nak?Ish,tengok je lah!!’
   Mata Arieysa berpinar-pinar sebab lama sangat memejamkan mata.Pandangan dia jadi kelam seketika.Sesaat..dua saat..Arieysa kaku semula.Mamat.. HENSEM mana pula ni?!
    “Hai,sorry arr aku..
Tapi sehensem Jun Pyo ke , secomel Ji Hoo dalam cerita korea Boy Before Flower ke..atau seapa ke ,satu je yang ada dalam otak Ariesya saat ini??PENCURI..
    “Tolong!Tolong!..Pencuri!!!!
    ‘Ahh,sudah..asal pulak dengan perempuan ni..sawan ke?!’Spontan lelaki tersebut menarik lengan tangan Arieysa lalu memutup mulutnya.
   “Weyh perempuan,aku bukan pencurilah,Bodoh!”.Keras suara lelaki tersebut memarahinya betul-betul dekat dengan telinga Ariesya.
    ‘Bodoh?Dia selamba jerk cakap aku bodoh!Aigoo,ni tak boleh jadi’!Ariesya menolak tubuh pemuda tersebut sekuat hati.Suka hati je peluk-peluk anak dara orang!
    “Habis tu kalau bukan pencuri apa?Suka-suki je masuk rumah orang ha?”Ariesya menyoal.
    “Yela aku memang masuk rumah orang.Takkan masuk rumah hantu kot..kalau macam tu aku pun takut!”Lelaki itu menjawab selamba.
    Ariesya menjongketkan keningnya sebelah kanan.Lelaki itu macam dapat mengagak apa yang sedang Arieysa fikirkan..
    “Okay!Okay!Biar aku jelaskan.Jangan buat muka macam tu,dah macam hantu dah aku tengok..”
    Arieysa baru nak tersenyum tetapi bila ada terkeluar perkataan hantu,riak wajahnya berubah.Bibirnya diketap.Berapi..
    “Ni..ala..sebenarnya ada orang kejar aku sekarang.Aku tak tahu nak sembunyi kat mana.Aku tengok pintu rumah ni je yang ternganga,so aku terjah je la..Salahh??Siapa suruh tak tutup pintu..So,it’s not my fault!”.Lelaki tersebut tersengih.Keningnya juga dijongketkan seperti  lagak  Ariesya sebentar tadi.Kemudian dia terus bangun duduk atas sofa.Kaki dengan selamba badak nya disilangkan dan diletakkan ke atas meja.
     ‘Water,please?’
    ‘What! First,dia cakap aku bodoh.Then,sengih-sengih..Sekarang ni nak suruh aku jadi amah dia ambilkan air..Ya Allah,bala apa ni??!’